Faktor pemanasan global Pemanasan_global

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.

  • Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
  • Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
  • Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Pelepasan karbon dioksida

Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.

Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.

IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan kepekatan karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit.

Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan penggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.

Kesan rumah kaca

Segala sumber tenaga yang terdapat di Bumi berasal dari matahari. Sebahagian besar tenaga tersebut berbentuk radiasi gelombang pendek, termasuk cahaya tampak. Ketika tenaga ini tiba permukaan Bumi, ia berubah dari cahaya menjadi panas yang menghangatkan Bumi. Permukaan Bumi, akan menyerap sebahagian panas dan memantulkan kembali sisanya. Sebahagian dari panas ini berwujud radiasi infra merah gelombang panjang ke angkasa luar. Namun sebahagian panas tetap terperangkap di atmosfera Bumi akibat menumpuknya jumlah gas rumah kaca antara lain wap air, karbon dioksida, sulfur dioksida dan metana yang menjadi perangkap gelombang radiasi ini. Gas-gas ini menyerap dan memantulkan kembali radiasi gelombang yang dipancarkan Bumi dan akibatnya panas tersebut akan tersimpan di permukaan Bumi. Keadaan ini terjadi terus menerus sehingga mengakibatkan suhu rata-rata tahunan bumi terus meningkat.

Gas-gas tersebut berfungsi sebagaimana gas dalam rumah kaca. Dengan semakin meningkatnya ketepuan gas-gas ini di atmosfera, semakin banyak panas yang terperangkap di bawahnya.

Kesan rumah kaca ini sangat dibutuhkan oleh segala makhluk hidup yang ada di bumi, kerana tanpanya, planet ini akan menjadi sangat dingin. Dengan suhu rata-rata sebesar 15 °C (59 °F), bumi sebenarnya telah lebih panas 33 °C (59 °F) dari suhunya semula, jika tidak ada kesan rumah kaca suhu bumi hanya -18 °C sehingga ais akan menutupi seluruh permukaan Bumi. Akan tetapi sebaliknya, apabila gas-gas tersebut telah berlebihan di atmosfera, akan mengakibatkan pemanasan global.

Kesan suapan balik

Anasir penyebab pemanasan global juga dipengaruhi oleh berbagai proses suapan balik yang dihasilkannya. Sebagai contoh adalah pada penguapan air. Pada kasus pemanasan akibat bertambahnya gas-gas rumah kaca seperti CO2, pemanasan pada awalnya akan menyebabkan lebih banyaknya air yang menguap ke atmosfera. Kerana wap air sendiri merupakan gas rumah kaca, pemanasan akan terus berlanjut dan menambah jumlah wap air di udara sampai tercapainya suatu kesetimbangan ketepuan wap air. Kesan rumah kaca yang dihasilkannya lebih besar bila dibandingkan oleh akibat gas CO2 sendiri. (Walaupun suapan balik ini meningkatkan kandungan air absolut di udara, kelembapan relatif udara hampir konstan atau bahkan agak menurun kerana udara menjadi menghangat).[1] Suapan balik ini hanya berdampak secara perlahan-lahan kerana CO2 memiliki usia yang panjang di atmosfera.

Kesan suapan balik kerana pengaruh awan sedang menjadi objek penelitian saat ini. Bila dilihat dari bawah, awan akan memantulkan kembali radiasi infra merah ke permukaan, sehingga akan meningkatkan kesan pemanasan. Sebaliknya bila dilihat dari atas, awan tersebut akan memantulkan sinar matahari dan radiasi inframerah ke angkasa, sehingga meningkatkan kesan pendinginan. Apakah kesan netto-nya menghasilkan pemanasan atau pendinginan tergantung pada beberapa detail-detail tertentu seperti tipe dan ketinggian awan tersebut. Detail-detail ini sulit direpresentasikan dalam model iklim, antara lain kerana awan sangat kecil bila dibandingkan dengan jarak antara batas-batas komputasional dalam model iklim (sekitar 125 hingga 500 km untuk model yang digunakan dalam Laporan Pandangan IPCC ke Empat). Walaupun demikian, suapan balik awan berada pada peringkat dua bila dibandingkan dengan suapan balik wap air dan dianggap positif (menambah pemanasan) dalam semua model yang digunakan dalam Laporan Pandangan IPCC ke empat.[1]

Suapan balik penting lainnya adalah hilangnya kemampuan memantulkan cahaya (albedo) oleh ais.[2] Ketika suhu global meningkat, ais yang berada di dekat kutub mencair dengan kecepatan yang terus meningkat. Bersamaan dengan melelehnya ais tersebut, daratan atau air di bawahnya akan terbuka. Baik daratan mahupun air memiliki kemampuan memantulkan cahaya lebih sedikit bila dibandingkan dengan ais, dan akibatnya akan menyerap lebih banyak radiasi matahari. Hal ini akan menambah pemanasan dan menimbulkan lebih banyak lagi ais yang mencair, menjadi suatu kitaran yang berkelanjutan.

Suapan balik positif akibat terlepasnya CO2 dan CH4 dari melunaknya tanah beku (permafrost) adalah mekanisme lainnya yang berkontribusi terhadap pemanasan. Selain itu, ais yang meleleh juga akan melepas CH4 yang juga menimbulkan suapan balik positif.

Kemampuan lautan untuk menyerap karbon juga akan berkurang bila ia menghangat, hal ini diakibatkan oleh menurunya tingkat nutrien pada zona mesopelagic sehingga membatasi pertumbuhan diatom daripada fitoplankton yang merupakan penyerap karbon yang rendah.[3]

Variasi Matahari

ka|jmpl|280x280px|Variasi Matahari selama 30 tahun terakhir.

Rencana utama: Variasi Matahari

Terdapat hipotesis yang menyatakan bahawa variasi dari matahari, dengan kemungkinan diperkuat oleh suapan balik dari awan, dapat memberi sumbangan dalam pemanasan saat ini.[4] Perbedaan antara mekanisme ini dengan pemanasan akibat kesan rumah kaca adalah meningkatnya kegiatan matahari akan memanaskan stratosfera sebaliknya kesan rumah kaca akan mendinginkan stratosfera. Pendinginan stratosfera bahagian bawah paling tidak telah diamati sejak tahun 1960,[5] yang tidak akan terjadi bila kegiatan matahari menjadi kontributor utama pemanasan saat ini. Penipisan lapisan ozon juga dapat memberikan kesan pendinginan tersebut tetapi penipisan tersebut terjadi mulai akhir tahun 1970-an. Fenomena variasi Matahari yang turut digandingkan dengan kegiatan gunung berapi mungkin telah memberikan kesan pemanasan dari masa pra-industri hingga tahun 1950, serta kesan pendinginan sejak tahun 1950.[6][7]

Ada beberapa hasil penelitian yang menyatakan bahawa sumbangan matahari mungkin telah diabaikan dalam pemanasan global. Dua saintis dari Duke University memperkirakan bahawa matahari mungkin telah berkontribusi terhadap 45-50% peningkatan suhu rata-rata global selama tempoh 1900-2000, dan sekitar 25-35% antara tahun 1980 dan 2000.[8] Stott dan rekannya mengemukakan bahawa model iklim yang dijadikan pedoman saat ini membuat perkiraan berlebihan terhadap kesan gas-gas rumah kaca dibandingkan dengan pengaruh matahari; mereka juga mengemukakan bahawa kesan pendinginan dari debu vulkanik dan aerosol sulfat juga telah dipandang remeh.[9] Walaupun demikian, mereka menyimpulkan bahawa bahkan dengan meningkatkan sensitivitas iklim terhadap pengaruh matahari sekalipun, sebahagian besar pemanasan yang terjadi pada dekade-dekade terakhir ini disebabkan oleh gas-gas rumah kaca.

Pada tahun 2006, sebuah tim saintis dari Amerika Syarikat, Jerman dan Switzerland menyatakan bahawa mereka tidak menemukan adanya peningkatan tingkat "keterangan" dari matahari pada seribu tahun terakhir ini. Kitaran Matahari hanya memberi peningkatan kecil sekitar 0,07% dalam tingkat "keterangannya" selama 30 tahun terakhir. Kesan ini terlalu kecil untuk berkontribusi terhadap pemansan global.[10][11] Sebuah penelitian oleh Lockwood dan Fröhlich menemukan bahawa tidak ada hubungan antara pemanasan global dengan variasi matahari sejak tahun 1985, baik melalui variasi dari output matahari mahupun variasi dalam sinar kosmos.[12]

Rujukan

WikiPedia: Pemanasan_global http://www.ipcc.ch/ipccreports/ar4-syr.htm http://www.ipcc.ch/pdf/assessment-report/ar4/wg1/a... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://books.google.com/books?id=sx6DFr8rbpIC&dq=r... http://www.nature.com/nature/journal/v443/n7108/ab... http://www.pik-potsdam.de/~victor/recent/scheffer_... http://www.dsri.dk/~hsv/SSR_Paper.pdf http://www.fel.duke.edu/~scafetta/pdf/2005GL025539... http://climate.envsci.rutgers.edu/pdf/StottEtAl.pd... http://www.ucar.edu/news/releases/2006/brightness....